วันพุธที่ 25 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

'Dakwaan guru dan ayah Hindu bercanggah'

'Dakwaan guru dan ayah Hindu bercanggah'


Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson sedang menyiasat dakwaan seorang pelajar tingkatan dua, yang direkodkan sebagai Islam dalam kad pengenalan, dipaksa membuat laporan polis terhadap bapanya yang beragama Hindu.“Kami sudah melawat sekolah itu.“Kami kini sedang menunggu laporan daripada guru-guru berhubung perkara itu sebelum dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,” kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut.Pegawai itu juga berkata terdapat percanggahan dakwaan oleh pihak guru dan bapa pelajar 14 tahun itu, S Ganesan.“Guru-guru menafikan memaksa budak itu minum air penawar,” katanya kepada Malaysiakini.Pengetua seolah itu enggan mengulas perkara itu atas alasan seorang pegawai kerajaan.Pelajar itu dalam laporan polis bertarikh 17 Februari mendakwa dipaksa dua gurunya untuk membuat laporan bahawa bapanya cuba menukar agamanya kepada Hindu.Dia juga mendakwa dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam.Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.[Baca berita asal]


ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

Designed ByBlogger Templates