วันพุธที่ 28 มกราคม พ.ศ. 2558

Koroner: Kematian Karuna disebabkan polis, tahanan

Koroner: Kematian Karuna disebabkan polis, tahanan


Mahkamah Koroner Seremban memutuskan bahawa kematian tahanan 42 tahun P Karuna Nithi dua tahun lalu akibat dipukul oleh pihak polis dan tahanan lokap lain.

Koroner Jagjit Singh berkata Karuna Nithi, seorang jurutera, mempunyai 49 kecederaan – kebanyakan lebam – di seluruh tubuh.

“Tambahan lagi, kematiannya juga disebabkan oleh kegagalan penyediaan bantuan kesihatan dan perhatian diperlukan dan kegagalan polis menghalang tahanan lain menganiaya si mati dalam lokap,” kata Jagjit.

“Kelakuannya tidak memberikan alasan untuk dia dianiaya secara fizikal oleh pegawai polis dan tahanan lain,” kata koroner.

Karuna Nithi pada mulanya ditahan di ibu pejabat polis Tampin pada Mei 2013 ditemui mati dalam lokap di ibu pejabat polis daerah Tampin pada 1 Jun 2013.

[Baca berita asal]


ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

Designed ByBlogger Templates