วันอาทิตย์ที่ 8 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Di hotel, ucaplah: 'Domo arigato Mr Roboto'

Di hotel, ucaplah: 'Domo arigato Mr Roboto'

Teknologi robot mungkin lebih cepat daripada yang kita bayangkan.Selepas perkembangan mengejutkan melalui idea robot wartawan dan robot belajar memasak melalui YouTube, tidak lama lagi robot juga akan berkhidmat sebagai kakitangan hotel.“Kami tidak pasti sama ada kakitangan robotik dalam hotel yang dirancang di Jepun itu akan menidurkan tetamu di waktu malam, tetapi ia akan melakukan banyak kerja-kerja layanan baik selama ini,” lapor CNN.Rancangan itu diumumkan oleh Huis Ten Bosch, sebuah taman tema Belanda di Nagasaki.Selain kakitangan robot, hotel yang akan dikenali sebagai “Henn-na” (pelik) itu juga akan dilengkapi dengan teknologi terkini lain.Fasa pertama hotel dua tingkat itu dijadual akan dibuka pada pada 17 Julai ini yang dilengkapi dengan 72 bilik.Menggunakan slogan “Iltizam untuk evolusi”, hotel itu akan turut memaparkan tiga "actroids" (robot mirip manusia sebenar) yang akan bertindak sebagai penyambut tetamu.Domo arigato Mr. Roboto: Droids to run Japanese hotel: http://t.co/6I43V1mVnD pic.twitter.com/q75DnpGVrx— CNN International (@cnni) February 8, 2015


ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

Designed ByBlogger Templates